Rabu, 15 Mei 2013

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia." (Al-Israa' 17:53)

Jangan sesekali lupa bahawa setiap detik, syaitan akan cuba dengan senyap-senyap untuk memperdayakan kita. Bertentangan dengan persepsi umum, syaitan bukanlah makhluk yang sekejap ada, sekejap tiada, tetapi dia mengikuti kita kebmana sahaja kita pergi atau apa sahaja yang kita lakukan. Dia begitu tekun berusaha selama mana dia hidup.

Seseorang yang lupa tentang kewujudan syaitan cenderung untuk terpedaya dengan godaannya. Oleh itu, dia akan mudah tertipu dengan mempercayai bahawa godaan itu adalah fikirannya sendiri. Dia mungkin akan gagal untuk memahami bahawa suara hatinya itu adalah bisikan syaitan. Walau bagaimanapun, orang yang benar-benar beriman telah diberikan kebijaksanaan dan pandangan untuk membezakan bisikan syaitan dengan suara hati mereka. Allah telah memberitahu mereka bagaimana untuk melindungi diri mereka daripada bisikan dan hasutan syaitan.

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." (Al-A'raaf 7:200-201)

Jangan sesekali lupa yang syaitan akan berusaha untuk membuatkan kita lupa kebenaran yang kita perlu sentiasa ingat. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, salah satu cara yang efektif yang selalu digunakan syaitan untuk menyesatkan manusia ialah dengan membuatkan mereka “lupa”.Strategi utama syaitan ialah untuk membuatkan manusia lupa tentang tanggungjawab mereka kepada Allah. Dia berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan amalan baik dengan membuatkan kita lupa bahawa Allah yang menguasai kita daripada segala sudut dan kita adalah subjek terhadap takdir-Nya dan kita akan mati dan perlu bertanggungjawab terhadap semua perbuatan kita di hadapan Allah nanti.

Syaitan tidak mahu manusia bersyukur kepada Allah. Oleh sebab itu, dia berusaha untuk membuatkan mereka lupa bahawa semua benda di sekeliling kita ialah nikmat daripada Allah. Dengan membuatkan kita terpesona dengan kehidupan dunia dan lupa tentang kehidupan akhirat, dia berusaha untuk memperdaya manusia. Dia bekerja keras untuk melupakan manusia bahawa terdapat hikmah terhadap semua yang berlaku terutamanya sesuatu yang tidak diduga. Realiti takdir dan meletakkan kepercayaan kita sepenuhnya kepada Allah adalah faktor-faktor utama yang dia mahu manusia lupa.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar