40 hari sebelum kematian
40 hari sebelum kematian
– Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun
yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy
Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum
kematian
– Adapun tanda ini akan
diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang
sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum
kematian
– Pada ketika ini akan terasa
denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan
1 hari sebelum
kematian
– Akan berlaku sesudah waktu
Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu
Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan
berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan
berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan
pula.
bagian terakhir dikala manusia
sudah mati daging kembali keasal tanah. darah kembali keasal air. nafsu kembali
ke nar. amal ibadah kembali ke nur... hanya satu yg kembali kepada allah yaitu
hati yg bersih......jikala hati kotor maka jadilah ia pengikut iblis menjadi
bahan bakar api neraka jahanam...
astagfirlullah al...sementara manusia berlomba
mencari kepintaran dalam beragama...tapi ternyata yg pintar itu adalah iblis
bukan manusia. dan sesungguhnya allah hanya menerima hati manusia yg bersih
bukan kepintaran dan kekayaan ...sesungguhnya nabi muhammad saw itu orang yg
bodoh. tapi berhati bersih dan hati bersihlah yg bisa mendekat disisi allah..
aminnnn....yaaa..rob..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar