Rabu, 15 Mei 2013

Foto - foto Kafilah

Perjalanan Cirebon n Jolotundo

Pondok Pesantren Darul Ullum As-salaf   Kelurahan saloliman kecamatan trawas mojokerja Jolotundo Jawa Timur Indonesia
http://youtu.be/X_HwWn7Yays

IBLISH LAKNATULLAH

Berkata Iblis:
Wahai Tuhanku, sebab Engkau telah menyesatkan aku, niscaya aku akan menghiasi (amal) bagi mereka dan niscaya akan kusesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambamu dari mereka yang murni.

Iblis mempunyai kesempatan menyesatkan manusia sangat lama, yaitu sampai datangnya hari kamat, berarti dihitung dari zaman Nabi Adam sampai sekarang, dia sudah mempunyai berjuta-juta pengalaman dalam hal menyesatkan manusia, dia sangat profesional lebih-lebih kalau kita memahami ayat-ayat maka kita mengetahui bahwa cara Iblis menjerumuskan manusia ke lembah kesesatan itu dengan cara antara lain :
1. Semua jalan Alloh diduduki Iblis.
2. Iblis datang dari segala arah, dari muka, dari belakang, dari kiri dan kanan.
3. Iblis menghiasi amalan-amalan yang jelek supaya kelihatan baik, amalan-amalan yang jahat kelihatan biasa saja, amalan yang keji kelihatan memuaskan, menyenangkan, lezat, nikmat, sehingga banyak orang yang terpikat.
4. Iblis memberi angan-angan yang muluk-muluk atau harapan-harapan yang menyenangkan padahal kosong belaka.
5. Iblis menyesatkan melalui tempat-tempat vital dengan taktik strategi yang hebat berdasarkan banyak pengalamannya.

Anggota Badan dan Masuknya Iblis ke Dalamnya
Hati secara fisik adalah organ tubuh yang bentuknya seperti buah nanas,
organ tubuh yang paling penting untuk menggerakkan darah mengalir ke seluruh tubuh.
Hati ialah organ tubuh yang berbentuk bulat nanas yang bertempat di dada sebelah kiri,
ia merupakan anggota badan terpenting yang menggerakkan darah .
Qolbu dalam pengertian hati itu telah dikenal dan berlaku juga untuk akal dan jamanya quluubun.

Hati tiada lain hanyalah segumpal daging yang berbolak balik, dia selalu mempunyai rasa senang dan amarah.

Adapun secara rohani, hati bagi anggota badan ibarat raja yang mengatur bala tentara,
semua bersumber pada perintahnya, ia mendayagunakan anggota badan menurut yang dikehendakinya,
semua tunduk di bawah kekuasaannya.
Dari padanya diperoleh kebaikan, keteguhan dan lain-lain yang baik. Tetapi dari padanya pula diperoleh kejahatan-kejahatan, penyimpangan-penyimpangan dan semua yang jelek-jelek yang membawa kerusakan.

Bersabda Rosululloh Sholallohu Alaihi Wasallam :
ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu ada segumpal daging, jika baik maka baiklah seluruh tubuh, jika rusak maka rusaklah seluruh tubuh, ketahuilah dia itu adalah hati.
Karena hati menjadi ukuran baik buruknya seseorang, maka sasaran Iblis dalam menyesatkan manusia adalah menyerang hatinya lebih dulu dengan bermacam-macam fitnah.

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia." (Al-Israa' 17:53)

Jangan sesekali lupa bahawa setiap detik, syaitan akan cuba dengan senyap-senyap untuk memperdayakan kita. Bertentangan dengan persepsi umum, syaitan bukanlah makhluk yang sekejap ada, sekejap tiada, tetapi dia mengikuti kita kebmana sahaja kita pergi atau apa sahaja yang kita lakukan. Dia begitu tekun berusaha selama mana dia hidup.

Seseorang yang lupa tentang kewujudan syaitan cenderung untuk terpedaya dengan godaannya. Oleh itu, dia akan mudah tertipu dengan mempercayai bahawa godaan itu adalah fikirannya sendiri. Dia mungkin akan gagal untuk memahami bahawa suara hatinya itu adalah bisikan syaitan. Walau bagaimanapun, orang yang benar-benar beriman telah diberikan kebijaksanaan dan pandangan untuk membezakan bisikan syaitan dengan suara hati mereka. Allah telah memberitahu mereka bagaimana untuk melindungi diri mereka daripada bisikan dan hasutan syaitan.

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." (Al-A'raaf 7:200-201)

Jangan sesekali lupa yang syaitan akan berusaha untuk membuatkan kita lupa kebenaran yang kita perlu sentiasa ingat. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, salah satu cara yang efektif yang selalu digunakan syaitan untuk menyesatkan manusia ialah dengan membuatkan mereka “lupa”.Strategi utama syaitan ialah untuk membuatkan manusia lupa tentang tanggungjawab mereka kepada Allah. Dia berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan amalan baik dengan membuatkan kita lupa bahawa Allah yang menguasai kita daripada segala sudut dan kita adalah subjek terhadap takdir-Nya dan kita akan mati dan perlu bertanggungjawab terhadap semua perbuatan kita di hadapan Allah nanti.

Syaitan tidak mahu manusia bersyukur kepada Allah. Oleh sebab itu, dia berusaha untuk membuatkan mereka lupa bahawa semua benda di sekeliling kita ialah nikmat daripada Allah. Dengan membuatkan kita terpesona dengan kehidupan dunia dan lupa tentang kehidupan akhirat, dia berusaha untuk memperdaya manusia. Dia bekerja keras untuk melupakan manusia bahawa terdapat hikmah terhadap semua yang berlaku terutamanya sesuatu yang tidak diduga. Realiti takdir dan meletakkan kepercayaan kita sepenuhnya kepada Allah adalah faktor-faktor utama yang dia mahu manusia lupa.